Che kak jual susu kambing sebab ianya hanya susu. Jangan tanya che kak susu kambing boleh rawat penyakit ke tak?

Che kak bukan doktor. Che kak tak belajar ilmu farmasi, perubatan dan pemakanan. Hanya sekadar sedikit pengetahuan bahawa susu adalah sumber protein dan kalsium yang ada dalam piramid makanan.

Beza susu kambing yang che kak jual ialah susu tanpa sebarang tambahan gula, krimer, maltodextrin. Berbaloi beli susu kambing tanpa gula.

Kalau nak gula dan krimer, beli gula dan krimer kat kedai. Campur sendiri dalam susu nak banyak mana gula dan krimer pun takpe.

Gambar ehsan google


Lagi satu che kak paling menyampah kalau sesiapa guna perkataan makanan sunnah. Tak payah nak mention sunnah bagai. Label je ikut makanan. Susu is susu.

Sunnah ape kalau gula, krimer lagi banyak dari susu.

#sedapnyasusukambing

0 Comments