APAKAH MAKSUD AIR NABEEZ

Air rendaman kurma atau dikenali dengan nama Air NABEEZ. Cara penyediaannya ialah rendam kurma dalam air masak semalaman dengan menggunakan bekas bertutup dan diminum keesokkan harinya pada waktu pagi.


 KHASIAT AIR NABEEZ

Air nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. 

Boleh bertindak sebagai detox. Iaitu dapat membantu badan untuk menyingkirkan bahan toksin dari badan. 

Ia juga mampu membantu proses pencernaan yang baik dan menajamkan fikiran. 

Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.


CARA MEMBUAT AIR NABEEZ

Rendam beberapa butir kurma  bilangan ganjil ke dalam air masak dalam gelas atau jug pada waktu malam dan pastikan bertutup. Kan tak pasal-pasal masuk tahi cicak.

Pagi keesokkannya boleh la minum air macam tu je. Buah kurma yang telah lembut tu boleh dimakan begitu sahaja.

Kurma yang bagus digunakan adalah kurma ajwa. Kalau takde, bedal je la kurma apa pun. Tak kisah.

Hanya gunakan salah satu daripada buah-buahan pada satu-satu masa. Tak boleh campur kurma dengan kismis.

Paling best campur dengan susu. Pergh sedap sangat.

Kalau nak simpan dalam peti ais pun boleh. Boleh tahan sampai 2 hari. 

Opsss.. Terlupa nak bagitau. Buang biji kurma tu dulu deh sebelum rendam.



RENUNGAN

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”. 

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Sabda Rasulullah SAW :

“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

0 Comments