Alhamdulillah, malam ni che kak manfaatkan peluang yang ada untuk buat sesuatu yang baru edit poster homestay. 


Maklumlah, zaman sekarang semua benda nak kena lawa sikit kalau nak iklankan, betul tak? Jadi che kak pun godek-godek la aplikasi Canva. 


Tak berapa reti lagi tapi untuk level newbie macam che kak, bolehlah. Yang penting usaha dulu, hasil kita boleh baiki lagi.



Sambil-sambil tu, che kak masak makan malam. Menu simple ikan kerisi goreng. Spesel tau ikan kerisi ni sebab beli bersama dengan kawan che kak dengan penuh kasih sayang. 


Cicah pula dengan ulam timun dan budu. Fuhhh, memang bertambah nasi. Nikmat rezeki yang sederhana tapi cukup mengenyangkan perut.





Lepas makan, sambung balik godek poster homestay. Che kak nak juga minta tolong dengan semua, kalau ada kawan-kawan atau saudara mara yang perlukan homestay sekitar Ketereh, bolehlah cadangkan homestay che kak ni. Tak mewah, tapi selesa untuk keluarga yang nak singgah atau berehat.


Che kak baru je nak berjinak-jinak dalam bisnes homestay ni. Kiranya, kalau dapat booking tu bolehlah cover sikit bayar bil api dulu. Hehe. Doakan semoga dipermudahkan ya.


Terima kasih kerana sudi baca cerita malam ni.

0 Comments