Saturday, January 5, 2019

RESEPI AISKRIM JAGUNG MANIS BERKRIM


1/2 cawan susu pekat (nanti che kak share resepi susu pekat homemade)
1 cawan air susu suam
(Guna susu kambing MIKKAE best sebab sedap lemak berkrim. Tak nak letak susu pun takpe. Ganti dengan 1 cawan air).
1 tin jagung
1 sudu besar ovelate
1 biji telur (tak nak letak pun takpe)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil perasa jagung

Blend kesemua bahan sampai kembang dan gebu. Adunan ni akan kembang 2 kali ganda. Kalau takde mixer, boleh je guna blender. Anggaran masa 15 minit. Nampak dah kembang dan gebu , kira dah siap la.

Che kak tabur serbuk cacao. Nampak la rupa macam ada hiasan sikit.

Simpan dalam freezer. Tunggu beku, pastu kita ngap. Yummyyy..



Resepi ni pun resepi google juga. Kalau buat sendiri aiskrim kita boleh adjust kemanisan aiskrim. Kalau che kak malas, beli aje la eskrem.

Tengok la ni, time rajin, siap 2 jenis aiskrim. Kalau malas, dekat 5 bulan anak request, tak buat lagi.




No comments: