Dari zaman hamil anak sulung hingga nombor tujuh, che kak tak minum susu. Kerugian besar apabila che kak tak minum susu. Che kak memang naif. Masa tu cuma nampak jenama susu untuk ibu hamil ialah axxxx aje. Walhal boleh aje minum susu lain. Susu nespray ke, fernleaf ke.

Che kak memang ada beli susu khas untuk ibu hamil. Tapi tekak tak boleh terima pula. Jadi hiasan je la.

Rugi tau kalau tak minum susu masa hamil. Tahu tak kenapa?

Gambar ehsan google

Che kak pernah tanya pada doktor gigi, kenapa gigi anak cepat rosak walaupun dah gosok gigi setiap hari? Doktor kata, salah satu faktor selain makanan dan minuman bergula ialah anak tak dapat bekalan kalsium yang cukup dari ibu masa mengandung. Dah la kita ni kurang sumber kalsium. Kena kongsi pula dengan baby.

Ibu mengandung memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. Ini kerana kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa bayi membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang dan gigi.

Nampak tak betapa pentingnya ibu mengandung kena minum susu. Tapi ibu-ibu kena pandai pilih susu. Susu berjenama tak semestinya kandungannya bagus dan sesuai. Pastikan susu bebas gula. Kan jadi penyakit lain pula, penyakit diabetes masa hamil pula.

Tak kisah la jenama apa pun. Asalkan bebas gula. Tanpa tambahan gula.

Selain itu, bakal ibu mudah kena serangan gastrik iaitu pedih ulu hati. Betul tak? Kadang kala apabila si ibu mengalami morning sickness dan menyebabkan takde selera, maka minum susu dapatlah wat alas perut. Elak kena gastrik.

Susu mana yang bagus? Susu lembu ke kambing? Tak kisah la. Asalkan takde elergik dengan mana-mana susu. Apa yang penting susu mestilah kandungan susu tanpa sebarang tambahan gula.

Bertuah ibu-ibu zaman sekarang ni. Banyak dah pilihan jenama susu. Lambakan susu kat pasaran menyebabkan ibu-ibu dilema pula nak pilih susu yang mana sesuai dan bagus.

Che kak syorkan serbuk susu kambing jenama MIKKAE. Ianya 100% susu kambing tanpa sebarang gula, krimer, dan maltodextrin. Harga RM35.00 untuk 250g amat berbaloi kerana ibu-ibu hanya bayar kandungan susu sahaja. Bukan bayar gula dan krimer yang ada dalam susu.






0 Comments