Wednesday, January 9, 2019

KENAPA KURMA PREMIUM DARI MADINAH MENJADI PILIHAN

Alkisah petang tadi, masa che kak sedang masak ayam percik, terpandang kurma ajwa. Eh ada 5 biji lagi. Sambil kacau kuah percik, sambil makan kurma.  Sambung makan 4 biji kurma mariami pula. 



Sebenarnya dah beberapa bulan che kak tak makan kurma. Asyik terlupa aje nak makan. Lagipun duk berjimat cermat sebab kurma kat HQ dah abes stok. 

Apabila tiba masa nak makan nasi, eh eh tetiba jadi takde selera pula nak makan. Rasa macam kenyang aje. Tekak tak boleh nak telan nasi pula.

Malam ni, tetiba rasa nak minum air kurma. Che kak rendam 3 biji kurma, serbuk cacao, nescafe dan serbuk susu. Tak perlu tambah gula sebab manis asli dari kurma. Memang sedap. 


Che kak suka kurma ajwa dan mariami dari keluaran Mommy Noah Mikail. Kurma premium dari Madinah. Walhal che kak bukan seorang penggemar kurma. Tapi apabila makan kurma MNM, Ya Tuhannnnnn sedapnya kurma ni.

Bayangkan, sebelum ni, nak habiskan 1 biji kurma pun tak sanggup. Tapi kurma ni, tak sedar pun berapa biji sekali ngap. Macam makan kacang pulak. 



No comments: