Tuesday, April 10, 2018

RESEPI MIKKAE MOCHA KURMA

MIKKAE MOCHA KURMA

Jemput minum .. minum suam panas pun sedap. Sejuk tambah ais pun sedap.

Che kak dah lama tak minum 'nescafe gelas' sejak tak keluar breakfast. Air manis pun dah lama tak minum.

Kalau minum air manis, terasa macam manis sangat kat tekak.

Move on kata orang. Haha..

Jom layan minuman baru yang che kak dah jatuh cinta. Cinta baru.

Bahan2:

3@5 biji kurma mariami@ajwa mikkae
1 sudu kecil kopi mikkae
2 sudu kecil serbuk cacao unsweeted mikkae
1@2 sudu susu kambing mikkae
Air panas

Cara2:
Rendam kurma dengan air panas. Kurma sebagai pemanis asli.
Masukkan kopi, cacao dan susu kambing. Kacau atau shake. Nak blend pun boleh.

Nak tambah ais, ikut suka hati. Che kak suka suam2 panas.

Yummyyyy.. sungguh sedap dan berkhasiat dengan produk premium dan mampu milik.

#mikkaemochakurma #sedapnyasusukambing


No comments: