Banyak kajian tentang khasiat susu kambing yang telah dijalankan di pelbagai universiti serta beberapa orang pakar seluruh dunia.

Secara kolektifnya, semua kajian membawa kepada penemuan yang memeranjatkan tentang betapa berkhasiatnya susu kambing untuk kesihatan dan keseimbangan badan manusia.

KANDUNGAN PROTEIN TERBAIK SELEPAS SUSU IBU
✔Kandungan protein dalam susu kambing hampir menyamai dengan susu ibu di mana ia mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino essential.

MENGUATKAN TULANG
✔Gabungan kalsium dan fosforus yang membentuk calsiumphosphate yang terdapat dalam komponen susu kambing penting untuk membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

MENGURANGKAN RISIKO KANSER PARU-PARU
✔Susu kambing juga mengandungi selenium yang dikatakan paling tinggi berbanding susu lembu serta lain-lain produk tenusu lain.

Selenium merupakan elemen efektif dalam melawan kanser. Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan tambahan selenium dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG KORONARI
✔Kajian yang dibuat di Universiti Reading di Cardiff dan Bristol mendapati yang meminum susu kambing berkesan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan strok sebanyak 15-20%. Selain daripada itu, ia terbukti mengandungi probiotik.

MEMUDAHKAN PENCERNAAN DAN PENGHADAMAN MAKANAN.
✔Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa probiotik atau bakteria baik seperti Lactobacillus bermanfaat dalam merangsang kesihatan saluran usus. Bukti terkini menunjukkan Lactobacillus sebagai probiotik yang berpotensi besar untuk kesihatan imun.

Probiotik juga menghasilkan bahan antimikrob, iaitu nutrien yang dapat menentang jangkitan akibat patogen dalam salur pencernaan.

KAJIAN UMUM
➡Kajian saintifik juga mendapati yang susu kambing kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, artheritis serta anti barah.

➡Ianya juga mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.

Menurut Dr. Javier Diaz Castro dari Jabatan Fisiologi Universiti Granada, susu kambing mempunyai lebih banyak khasiat untuk kesihatan badan berbanding susu lembu.

Kebaikan susu kambing di antaranya adalah untuk menolong mencegah anemia (kekurangan zat besi), tulang rapuh dan mencerdaskan minda kanak-kanak.

Fakta yang paling menarik tentang susu kambing adalah komposisinya yang mengandungi
13% lebih kalsium
25% lebih vitamin B-6
27% lebih antioksida selenium
47% lebih vitamin A
1.34% lebih pottasium
3.5% lebih niasin dan
bersifat Alkali.

Ini bermakna ia dapat membantu mengatasi masalah gout dan kandungan asid yang tinggi di dalam badan.

Pengambilan susu kambing 1 gelas pagi dan 1 gelas malam secara konsisten didapati dapat membantu sistem usus dan pencernaan, mencantikkan kulit, menguatkan tulang, mengawal masalah darah tinggi, mengelakkan masalah sakit jantung serta memberi keseimbangan kesihatan.

(Sebahagian daripada artikel ini merupakan petikan daripada buku "Goat Milk Magic" tulisan Dr. Bernard Jensen).


0 Comments