Tuesday, January 1, 2019

RESEPI AISKRIM KACANG MERAH


AISKRIM LEGEND KACANG MERAH


BAHAN A

200 gm gula pasir (boleh kurangkan kalau tak suka manis).

3 sudu besar susu tepung (susu pilihan che kak ialah serbuk susu kambing MIKKAE)

350 ml air


BAHAN B

2 sudu besar tepung ubi

2 sudu besar tepung jagung

50 ml air

*campurkan tepung dengan air dan kacau rata.


BAHAN C

80 gm susu pekat (boleh kurangkan atau tak nak  pun takpe)

500 ml santan pekat

250 gm kacang merah dalam tin di lecek

sedikit pewarna merah (che kak masukkan sedikit sirap je untuk cantikkan warna aiskrim)


Cara-cara:


1. Masak bahan A sehingga gula larut.

2. Masukkan bahan B sampai mendidih.

3. Masukkan bahan C. Apabila mendidih, matikan api.

* Guna whisk dan sentiasa kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.

4. Tuang dalam acuan aiskrim.

5. Apabila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer.

Yummyyy.. Sekelip mata aiskrim dah habis di makan. Sedap sangat kot.


No comments: