Friday, April 20, 2018

REVIEW BUAH KURMA

Che kak paling tak suka makan buah kurma walaupun makanan sunnah.

Manis meleting leting. Bulan puasa, ambil juga le sebiji letak kat bucu pinggan nasi. Konon nak ambil syarat pahala sunnah.

Sudahnya, minum air , terus makan nasi. Sudah makan nasi, letak kurma balik kat dalam bekas kurma.

Kalau paksa makan pun, gigit hujung je sekali gigit.

Tak pernah beli kurma. Setiap tahun, dapat kurma free pemberian daripada YB. Bertahun2 la duk simpan dalam peti ais. 

Selain daripada manis melenting2, che kak tak suka kulit kurma yang kering berkuping tu.

Sehinggalah che kak jatuh cinta dengan kotak pink kurma nuraisya. Comel je. Eh sedap pula kurma nuraisya. 

Pernah dapat sumbangan kurma dari DAWD tahun lepas. Pun sedap yark amat. Tahun ni agaknya dapat lagi tak kurma sedap tu.

Rupanya banyak jenis buah kurma.

Sehingga lah che kak dapat free gift kurma dari Mommy Noah. Kurma mariami.

Ya Allah, sedapnya.  Tak manis melenting pun. Manis fresh yang sedap dimakan.

Kulit pun takde la berkeruping. Tanpa sedar, sekejap je habis kurma 1 peket, 250 g. Macam makan kudap kudapan.

Sekejap2 makan, sekejap2 makan. Macam makan kacang lak.

Rendam dengan air panas, lepas tu lenyek2 je dengan sudu, kemudian campur susu kambing. Pergh cenggini angkat ibu jari.

Kadang2 che kak wat MOCHA MIKKAE KURMA. Bestttt tauuu..

Ada satu lagi jenis kurma ajwa, che kak belum try. Tapi kurma MNM memang kurma yang berkualiti premium dari Madinah.

Tak sangka rupanya ada kurma yang diprose rendam air gula. Patut la manis meleting. Apa pekdah la gi rendam kurma dengan air gula.

#kurmapremiumdarimadinah


No comments: