Tuesday, March 27, 2018

MANFAATKAN MEDIA SOSIAL UNTUK BUAT BISNES

Orang cop che kak ni kuat bisnes. Hahaha.. Walhal che kak ni paling pemalu. Pemalu tahap gaban nak menjual.

Che kak takde bakat alam nak menjual.

Tapi che kak manfaatkan bil internet 10GB yang disponsor bayar setiap bulan oleh arman rider.


Che kak manfaatkan fb dan blog. Itulah promosi bisu stail che kak. Tulis pun tak ganggu kerja hakiki che kak.

Kawan2 yang beli pun sebab baca status fb che kak. Bukan melalui mulut che kak. Apabila tanya, baru che kak semangat bercerita. Tak tanya, che kak diam je.

Singgah wall che kak dan baca, alhamdulillah. Kalau tak suka scroll laju2.

Che kak lebih suka sharing apa yang che kak guna.

Che kak terbeli, terguna, tersuka, tertulis, terjual.

Dalam malu2 tahap gaban pun, jumlah sale che kak bulan ni melebihi RM1000. Satu kejayaan peribadi buat che kak. Hanya menjual pada hari cuti dan lepas ofis hour dan waktu rehat.

Sekian.

Jemput cuci mata..







No comments: