Seusai mendapatkan maklumat daripada Pak Tam, Rina terus memandu Perodua Kancil manual miliknya menuju ke rumah Mak Kiah. Sepanjang perjalanan, fikirannya tidak berhenti memikirkan tentang seorang lelaki bernama Arfan. Entah kenapa semakin banyak cerita didengarnya semakin kuat rasa ingin tahu itu tumbuh dalam dirinya. 

Petang itu, langit Kampung Seberang Jaya kelihatan muram. Awan kelabu bergayut rendah seolah-olah memahami beban yang sedang dipikul oleh seorang lelaki yang tidak pernah mereka kenali sepenuhnya. 

Kancil putih milik Rina bergerak perlahan menyusuri jalan kampung yang becak selepas hujan. Sesekali tayar kereta kecil itu tenggelam ke dalam lopak air berlumpur. 

Di kiri kanan jalan, pokok-pokok getah berdiri kaku dan sunyi. Angin petang meniup dedaunan perlahan-lahan bagaikan sedang membisikkan kisah-kisah lama yang terkubur bersama waktu. 

“Dia dulu cikgu…” 

Suara Pak Tam memecahkan lamunan Rina. Anak saudara Mak Kiah berdiri di bawah pohon rambutan sambil menunjuk ke arah sebuah pondok usang di hujung halaman rumah. Rina mengalihkan pandangan. Seorang lelaki sedang duduk di situ. Diam. Termenung jauh seperti jiwanya sudah lama hilang dari dunia nyata. 

https://myebook.com.my/books/24c3ca08-b278-426b-960f-ee7e0b553674



0 Comments