Kilang itu menyediakan asrama pekerja. Sebuah rumah kedai yang diubah menjadi tempat tinggal beramai-ramai. Hampir sepuluh orang berhimpit dalam satu rumah. Tilam disusun rapat seperti sardin dalam tin. Malam-malam dipenuhi bunyi kipas berpusing, dengkuran halus dan suara orang berbual dalam pelbagai loghat. 

Ada juga beberapa wajah yang Maya sendiri tidak pasti asal-usulnya. Cantik-cantik belaka, berkulit sawo matang dengan mata redup seperti pelakon drama Filipina yang sering bermain di televisyen. 

Hari pertama dia sampai di situ, perkara pertama yang dicari Maya bukan katil. Tetapi kiblat. 

“Mana arah kiblat?” tanyanya perlahan sambil memandang sekeliling. Namun semua hanya mengangkat bahu. Maya terdiam. Dia kemudian berdiri di tepi tingkap rumah kedai itu, memandang langit petang yang samar jingga. 

https://myebook.com.my/books/e3e0d5d5-5171-4093-9dc7-41c00f937333



0 Comments