Sunday, April 19, 2020

RESEPI CORNFLAKES MADU FOREVER

Amboi sakan depa share resepi kat grup eksklesip forever #teammommycery. Grup telegram yang tak tahu masa mana depa tido. 😆😆

Belum raya dah buat kuih raya. Che kak share copi paste sini dulu. Kot2 mai kerajinan tahap gaban, boleh che kak buat juga.

Maklum la tauke sekut raya terkandas kat kampung, tak leh nak order sekut raya.😂😂

Bahan-Bahan
✅Butter 250g
✅3 sudu brown sugar
✅3 sudu susu pekat
✅7 sudu madu
(Saya guna Forever Bee Honey, sebab madu tulen & berkhasiat)
✅Cornflakes 500g

Cara2 dia :-
✅Masukkan butter, brown sugar, susu pekat, madu. Gaulkan sebati. Dah sebati semua tutup api. Tunggu dalam 5 minit baru gaulkan cornflakes tu. Dah siap!

Jangan lupa tau sebelum makan ambil gambar dulu😁
Kalau tak habis semua🤣😂

kreditflpteammummisyahmi


No comments: