Kenapa che kak pilih forever? Produk atau sistem?

Pada asalnya che kak suka guna ubat gigi aloe vera. Alang2 suka, sign up ahli untuk dapatkan ID. Senang nak repeat order produk forever.


Banyak produk kegunaan harian seperti ubat gigi, sabun, scrub, deodorant, skincare, krim serbaguna, lipbalm, supplement macam madu asli, vit c, minyak ikan dan aloe vera gel. Eh banyak lagi la. Produk head to toe kata orang.

Produk berasaskan aloe vera dan madu. Che kak memang suka!

Madu gurun sonoran antara sebab yang membuatkan che kak tertarik nak kenal lebih dekat dengan forever.

Forever ni ada ladang aloe vera dan madu serta kilang sendiri. Monopoli pulak tu!

Apabila dah jadi ahli, tak semestinya kena buat bisnes. Beli untuk kegunaan sendiri je asalnya.

Tapi, alang2 dah jadi ahli, che kak try jual juga. Guna 100% platform blog, fb dan status wasap. Maklum la, che kak ni pemalu nak jual offline. Tobat lahum malu giler. Orang tanya, kiter gelak2 je.

Eh rupanya ramai juga yang pm nak beli. Forever dah 42 tahun wujud dan lebih 169 negara jual produk ni. 

Apabila dah suka dengan produk, baru che kak tengok sistem dia pula.  Eh bagus la. Syarikat yang bertitle "MULTI-BILLIONAIRE" dan bebas hutang. Che kak je yang ketinggalan. Sepatutnya 'semalam' lagi kena berforever.

Sebab apa che kak kata bagus?

Bertahun2 tak beli, tiba2 nak beli 1 ubat gigi je, pun masih boleh beli dengan keahlian kita. Takde la nak kena renew ID setiap tahun.

Kalau nak buat bisnes forever, inilah bisnes yang tak perlu nak stress. Nak closing bagai semata2 nak maintain point/pv/bv/uv/sv. Che kak pun malas nak terkejar2 kumpul dan maintain point secara bulanan. Last2 produk berlambak jadi tukun kat rumah.

Biasanya hujung bulan, dah 18 tahun hidup che kak bizi dengan laporan bulanan. Sebab tu che kak malas nak bisnes yang terpaksa kejar closing. Mana nak terkejar dengan keje hakiki lagi.

Tiada sistem piramid/pairing. Mana2 MLM yang berasaskan sistem piramid, memang wat aniaya pada ahli.


Apabila join #teammommycery, eh memang membuatkan che kak terbakar je. Haha. Daripada pengguna biasa, che kak nak upgrade jadi VIP la pulak. Banyak benefit apabila jadi vip. Nanti che kak cerita apabila che kak dah berjaya.

Banyak ilmu sharing dari ahli grup. Takde istilah mati kutu apabila nak buat bisnes forever. Dapat 'mak' pulak yang sangat menjaga anak2 nya. Bagi 'makan' ikut 'tahap umur' anak.

Dapat adik beradik pula yang tak lokek dengan ilmu dan testimoni serta gambar2 produk yang sangat cantik.

#produkforeverbest
#teammommycery
#chekakforeverpasirputeh



0 Comments