Setiap hari ada je posting pasal produk aloe vera duk lalu lalang kat fb che kak.

Che kak pula tak jemu baca apa yang best sangat tentang produk aloe vera.  Setakat baca je la. 


Tapi takde la pula nak pm ejen Forever nak beli produk,  walaupun produk nampak macam best je. Produk head to toe kata orang. Ada produk untuk penjagaan diri, makanan kesihatan, vitamin dan macam-macam lagi la ada. 

Pada suatu hari, mami noah ada bagi sample ubat gigi dan lotion dalam kotak susu kambing mikkae. Che kak memang suka kalau dapat free gift. 

Gosok gigi dengan sample ubat gigi forever. Wahhh bestnya. Terasa licin dan segar lain macam. Ini baru la ubat gigiii. 😆😆

Lotion pun che kak suka. Try sapu kat muka. Tak rasa berminyak pun. 

Che kak order ubat gigi, sabun avocado dan deodorant. Daftar ahli dapat la sebotol aloe vera gel. 


Sabun avocado tu che kak potong kecil-kecil dan bagi kat anak-anak sorang satu. Maklum la 4 orang anak remaja che kak request pencuci muka. Tapi che kak blur tak tahu nak beli pencuci muka jenama apa. 

Banyak masalah negara yang che kak nak fikir daripada fikir skincare apa yang sesuai untuk korang.

Haaa korang pakai la sabun avocado tu. Sabun yang sesuai untuk muka dan badan. Baunya sangat lembut. 


Che kak memang suka kalau sabun yang sesuai untuk pakai kat badan dan muka.  Senangkan hidup. Malas nak sakitkan kepala duk mikir.

Gosok gigi, dah. Mandi dan cuci muka dengan sabun avocado pun dah. Lepas mandi, nak la sapu deodorant. Che kak memang cerewet bab deodorant. Sakit hati je kalau pakai deodorant tapi ketiak tetap bau masam. 


Setakat ni deodorant homemade d'freshpicks je yang serasi dengan ketiak che kak. Kadang kala beli deodorant vaseline serum. 

Tertarik dengan depa duk share aloe ever-shield deodorant stick. Nak try la juga.

Tu dioooo. Besar yak amat deodorant. Patut la depa kata besar, 6 bulan baru habis. Memang besar. Nak sapu ketiak pun senang. Sekali harung je sapu ketiak. 🙊

Balik kerja, try bau ketiak. Eh tak masyam la ketiak kiter. Wahhh memang best. Mahal? Berbaloi beli sebab besar dan ketiak tak bau masyam. 

Harga memang mampu milik. 

Ni che kak duk intai-intai madu gurun. Nanti ada order banyak-banyak che kak nak beli madu gurun. Cam best je madu depa. 


Suami ada juga tanya bila nak bagi madu? Nak cari madu untuk ditelan pun che kak cerewet giler. Inikan pula madu untuk kongsi cinta suami. 😝😝

0 Comments