Aloe vera / lidah buaya / daun sabir terkenal sebagai penawar semulajadi untuk pelbagai jenis penyakit dalam & luar.


Jom baca sedikit info tentang aloe vera 👇


1. MEMBINA BADAN

- Ia mengandungi 20 JENIS asid amino termasuk 7 asid amino PERLU yang tidak boleh di hasilkan oleh badan. Asid Amino adalah blok binaan bagi membina badan.


2. SIFAT PEMULIHAN 

- Ia mengandungi 12 unsur semulajadi yang dapat membantu memulihkan luka akibat calar calar , luka luka kecil, luka terbakar dan lain-lain .


3. KESIHATAN DAN KEBERSIHAN GIGI 

- Mengalakkan gusi dan mulut yang sihat, Satu kajian pada 2008 yang di terbitkan dalam JURNAL APPLIED ORAL SCIENCE mendapati bahawa Aloe vera adalah berkesan daripada 2 jenama ubat gigi yang utama. Menggabungkan penggunaan FOREVER BRIGHT TOOTHGEL dengan pengambilan GEL ALOEVERA  berpotensi menyokong kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi anda.


4. MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN DAN PEMBAIKPULIHAN

-  GEL ALOE VERA meningkatkan fungsi fibroblas iaitu sel yang membantu pembentukan KOLAGEN dan ia juga menolong melegakan kelecuran. luka luka dan calar calar kecil serta kegatalan kulit.


5. PEMBAIKPULIH ELASTIN & KOLAGEN

- Ia dapat menokok bekalan bahan bahan binaan untuk menghasilkan dan mengekalkan kulit yang sihat.


6. MENGEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT & MENINGKATKAN TAHAP TENAGA 

- Secara semula jadi dapat menggalakkan pembersihan sistem penghadaman kita.Dengan demikian meningkatkan tahap tenaga serta membantu mengekalkan BERAT BADAN yang IDEAL.


7. MENYOKONG & MENGGALAKAN FUNGSI SISTEM KETAHANAN BADAN

- Kandungan unsur unsur perangsang dapat membantu menggalakkan fungsi sistem pertahanan badan kita.


8. SISTEM PENGHADAMAN YANG SEMULAJADI 

- Secara semulajadi nya GEL ALOE VERA mempunyai keupayaan membersihkan, dengan demikian membantu pergerakan usus dan meningkatkan penyerapan protein serta nutrien lain.


9. MEMBEKALKAN MINERAL SURIH 

- Ia mengandungi 20 mineral semula jadi termasuk kromium , magnesium, mangan, kuprum dan zink.


10. MEMBEKALKAN VITAMIN SEMULAJADI - Ia mengandungi vitamin yang diperlukan dalam diet harian kita termasuk vitamin B12, asid folik, niasin , B6, B2, B1, C, E dan A.



Ingat!!

80% Punca penyakit datang dari usus yang kotor

20% dari salur darah yang tersumbat


Mencegah lebih baik dari merawat


0 Comments