Wednesday, April 8, 2020

COMBO DAILY PACK BANTU IBU BERSIH DAN SEGAR

Ada tak ibu2 yang terkena badi tengahari baru mandi? πŸ˜†πŸ˜† Mandi pun sebab nak solat.πŸ˜‚πŸ˜‚
Ibu2 walaupun duk kat rumah, kebersihan diri kena jaga tau. Tak 'jangok' takpe asal bersih dan selesa.

Jangan lupa gosok gigi. πŸ˜†πŸ˜† Gosok gigi dengan ubat gigi aloe vera sangat menyegarkan. Che kak punya dah habis. Tunggu abam posmen tolong hantarkan.

Che kak kata, tak syok gosok gigi tanpa ubat gigi aloe vera. Sebab licin nya lain macam. Hanya jauhari yang kenal manikam.

Suami kata ek elehhh dah 41 tahun gosok gigi ubat gigi biasa je kot.

Nak mandi ringkas tapi masih menyegarkan boleh la mandi dan cuci muka dengan sabun avocado. Baunya wangi citrus. Diperbuat daripada 100% mentega dari buah avocado yang tulen. Tanpa campuran. Maksudnya, tiada penggunaan bahan mentega dari lemak binatang mahupun sintetik. Hanya dari Avocado 100%.

Sapu ketiak dengan deodorant aloe vera. Tidak mengandungi garam aluminium yang boleh menyumbat liang pori kulit. Tahan lama, 6 bulan baru habis. Sapu kat tumit kaki pecah2 pun boleh.

Sapu bibir dengan lip balm yang mengandungi Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil. Boleh membantu masalah bibir pecah dan menggelupas.


No comments: