Che kak suka menulis. Berbekalkan aplikasi colornote atau memo dalam samsung tab, che kak akan tulis apa sahaja yang terlintas dalam minda dan hati. Sebagai pengganti lidah untuk berbicara. 




PENGGANTI LIDAH UNTUK BERBICARA.

Kenapa? Sebab che kak tak pandai berkata-kata. Tiada bakat untuk berbicara. Salah bicara tak dapat tarik balik. Salah bicara, boleh menyebabkan orang akan salah faham. Lebih baik diam aje kalau rasa ragu-ragu untuk berbicara.

Che kak kagum dengan sesiapa sahaja yang ada bakat berbicara secara spontan. Ahli politik sudah tentu punyai bakat berbicara tanpa teks.

Dalam hati sanubari che kak berlegar-legar nak sampaikan apa yang ada dalam minda. Tak pandai nak susun bicara secara spontan. Kadang kala idea datang terlalu cepat, tak seiring dengan lidah untuk bertutur. Akhirnya, idea akan berkata "bye bye , saya pergi dulu "dan jadi blur secara tiba-tiba.

Jadi, che kak akan menulis. Selepas menulis, baca dulu dan semak isi kandungan. Sesuai atau tidak dipamerkan isi penulisan dalam laman sosial. 


MENYAMPAIKAN MAKLUMAT 

Menulis dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih tersusun. 

Kalau sesuai, bolehlah dipamerkan. Kalau tak sesuai, simpan sahaja entry  dalam "only me". 

Kadang kala ego seseorang menyebabkan tidak mahu langsung mendengar apa yang kita nak sampaikan secara komunikasi dua hala. 

Jadi, apabila kita menulis, dia tetap akan baca walaupun hanya sekadar jelingan dan cepat-cepat scroll. 


BERKONGSI PENGALAMAN DAN CERITA


Che kak suka berkongsi cerita dan pengalaman serta apa jua kisah. Nak berborak-borak pasal cerita dan pengalaman dengan sesiapa sahaja, bimbang orang akan meluat.

Jadi, che kak akan menulis. Puas hati rasanya. Syok sendiri pun tak kisah lah. Hahaha. Ada ku kisah?


MENGHIBURKAN HATI

Menulis juga dapat menghiburkan hati che kak yang gundah gulana. Sedih, tapi tak mampu nak luahkan. Terlalu mengasyikkan apabila menulis. Setenang air dalam baldi yang tak berusik.


HOBI DAN IMPIAN

Che kak tahu, che kak bukan penulis handalan. Bukan penulis blog yang hebat. Tapi menulis adalah hobi dan kesukaan che kak. Walau bagaimanapun, jangan sesekali paksa che kak menulis jurnal atau apa sahaja penulisan bersifat ilmiah. Che kak hanya menulis berdasarkan pengalaman kehidupan seharian sahaja.

Cita-cita che kak nak kumpul kisah-kisah klien che kak yang positif. Nak bukukan. Bahawasanya ujian hidup seperti kemiskinan tidak menghalang seseorang itu untuk berjaya. Tapi masa belum mengizinkan untuk che kak berbuat demikian. Banyak komitmen lain yang perlu diutamakan dahulu. Kerja, anak-anak, rumahtangga dan bisnes kecil-kecilan.


DAPAT MENJANA PENDAPATAN

Selain itu, menulis juga dapat menjana pendapatan. Che kak tak pandai berniaga. Malu nak promosikan produk. Malu sangat. Jangan harap nak tengok che kak pegang produk dan bla bla bla bla bla bla bla bla. Tapi, seronok berniaga dalam alam maya. Maka, ambillah peluang menggunakan medium ini sebagai kedai maya kita. 




Jadi, inilah sedikit sebanyak kenapa che kak suka menulis. Menulis terutama pada waktu malam sebelum tidur membuatkan che kak lupa pada tekanan perasaan.

Salam sayang dari che kak suka menulis dan menaip.












0 Comments